BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 6, 2010

Update Cili 06/06/10

Salam....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki kepada sekalian makhluk-makhlukNya...

La ni ada dikampung baru lepas keluar kebun cili...hari ni aktiviti meracun, salin perangkap lalat buah dan mengampu dahan-dahan yang penuh gugusan hari-hari...eh gugusan cili daaaa...

Kebanyakan pokok dah berbuah untuk pusingan kedua, memandangkan pusingan pertama dulu banyak pokok yang sakit, pas tu tangkai jadi kuning dan luruh...jadi buah untuk pusingan pertama sikit saja dan boleh dipetik dalam masa 2 -3 hari lagi...InsyaAllah...

Alhamdulillah sekali lagi...sebab banyak pokok-pokok yang sakit dulu dah sembuh dan dahpun mengeluarkan hasil yang agak memberansangkan...rasa-rasanya ini semua hasil usaha serta kerja keras gang-gang cilimasfarm yang bertungkus lumus mengerah idea, serta keringat dalam usaha untuk memulihkan pokok-pokok tersebut. Disamping itu juga kami tanpa jemu memanjatkan doa terhadap Ilahi, memohon agar dipulihkan serta dikurnia hasil yang banyak lagi baik...Alhamdulillah....

Kita go detail sikit...sebenarnya langkah yang kami approach dalam usaha untuk memulihkan pokok tersebut adalah dengan melipatgandakan kerja-kerja meracun, masa meracun serta jenis-jenis racun yang digunakan...

Last sekali aku namakan cili kami ni 'CILI BONZAI' sebab apa???? hangpa tinjaulah bingkisan kat bawah ni ...layan jeee...






3 pokok yang kat atas ni dulunya amat nazak...tapi Alhamdulillah pulih...syukur pada Allah








4 pokok ni pulak duduk kat line-line tengah...pokok tak berapa besar, tapi hasilnya ok juga tu








2 pokok ni kena ampu...support tak cukup, loading berat..cantilever pula tu


Yang ni paling best...pokok angkat aku

0 comments: