BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

UPDATE CILI 18/05/2010

Salam...

Seminggu tak update blog...last week balik kampung tinjau perkembangan pokok cili...Alhamdulillah buah dah besar...InsyaAllah lagi 12 hari boleh petik...tetapi jangkaan awal hasil meleset sama sekali...sebab banyak pokok yang sakit tetapi ada juga yang pulih...cubaan kali pertama ini banyak bagi lesson berguna untuk kami...

Kali ni kami cuba bagi air daun semambu dalam usaha untuk memulihkan pokok cili yang sakit...air daun semambu ini dikatakan dapat menyembuhkan pokok cili yang sakit...kalau tidak menjadi pun tak apa...kita cuba dulu baru ada pengalaman...tetapi harapan kami pokok akan pulih dan dapat keluarkan hasil yang lebih sedikit...

Satu lagi masalah...kebanyakan pokok mengeluarkan bungan yang banyak tetapi sesetengah tangkai bunga yang keluar mulanya hijau...cantik...tetapi kemudiannya bertukar kuning dan gugur...tu pasai yang first harvest ini kurang hasil...taktau apa masalahnya...InsyaAllah masalah ini akan diatasi...kami tengah dok selidik apa sebabnya...

Bertemu di lain entry...bye

...Opps...gambar ader...layan lah beb

Pokok yang boleh dikatakan ok lah










Pokok yang sakit...sian






Daun Semambu


Saturday, May 8, 2010

Update Cili

Salam...

Dah seminggu tak update blog kerana sibuk sangat ngan kerja kat office...last week 1/5/10 balik kampung nak tinjau pokok cili kami...ada yang dah berbuah pun, yang tengah rancak berbunga lagi la banyak...tapi pokok kami banyak yang kena kerinting...pening kepala beb...nak buat lagu mana ni...kata pembekal kami ayaq baja lebih...tapi aku rasa pokok kami kena serang dengan serangga...aku serve tenet cari jawapan daripada otai-otai cili...depa kata kemungkinan besar pokok kena serang dengan kutu terip ataupun hamama dan tah apa nama serangga lagi...so aku cari solution macamana nak baikpulih pokok cili aku...aku pun tau kerinting ni setengah otai cili panggil AIDS sebab memang takda ubat...tapi aku nak cuba juga, dengan diiringi doa moga Allah membantu serta usaha2 yang kami cuba buat... harap2 tu hasil kali ni adalah untuk pusing next season...INSYAALLAH.

Biasalah...kat bawah gambar2 terkini pokok cili kami...layan je lah